Saturday 27 August 2011

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA..

Jika kamu memancing ikan......setelah ikan itu terlekat di mata kail..hendaklah kamu mengambil ikan itu..janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja..kerana ia akan sakit kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup..
     Begitulah juga setelah kamu memberi harapan kepada seseorang.....setelah dia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya..janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dpt melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....
    Jika kamu menadah air biarlah berpada..jangan terlalu mgharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu..Apabila sekali ia retak, tentu sukar utk kamu menampalnya semula..Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu memperbaikinya mungkin ia masih dpt digunakan lagi..
   Begitu juga jika kamu memiliki seseorang..terimalah dia seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggap dia begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa seperti kamu juga.. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bg kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya..
   Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu aan terus kekal hingga ke akhirnya. Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik utk dirimu, mengenyangkan dan juga berkhasiat, mengapa mesti kamu berlengah, cuba mencari makanan yg lain?? Terlalu ingin mengejar kelazatan..Kelak nasi itu akan basi dan kamu tdk boleh memakannya lagi.
   Begitu juga jika kamu telah bertemu dgn seorang insan yg pasti membawa kebaikan kpd dirimu, menyayangimu.. mengasihimu..mengapa kamu berlengah cuba membandingkannya dengan yg lain?? Terlalu mengajar kesempurnaan.  Kelak kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik org lain..kamu juga yg akan menyesal.... (+_+)...


2 comments: